Dalam media lain Angry Birds

Watak-watak Angry Birds turut menjadi topik hangat di persada media dan hiburan sedunia. Siri komedi terkemuka Israel, Eretz Nehederet ("Negara yang Indah") mensatirakan kegagalan rundingan damai antara Israel dan Palestin dengan segmen yang menampilkan geng Angry Birds dalam rundingan damai bersama kaum khinzir yang dimusuhinya. Segmen ini menjadi viral dan ditonton ramai di seluruh dunia, sehingga mendapat sambutan baik daripada blog-blog bebas seperti digitaltrends.com,[5] hotair.com[95] dan intomobile.com,[96] di samping agensi-agensi media arus perdana seperti Haaretz,[97] The Christian Science Monitor,[6] The Guardian,[98] dan MSNBC.[48] Antara tokoh-tokoh terbilang yang diketahui menjadi peminat Angry Birds ialah Perdana Menteri UK David Cameron dan pengarang terkenal, Salman Rushdie.[99]

Permainan dan watak-watak Angry Birds turut ditampilkan dalam iklan yang mempromosikan barangan lain. Pada Mac 2011, watak-watak itu muncul dalam sesiri iklan untuk enjin carian Microsoft, Bing.[100] Satu iklan T-Mobile terbitan Jun 2011 yang dirakam di Barcelona, Sepanyol menampilkan satu model tiruan real-life yang besar di sebuah plaza di Barcelona, Sepanyol.[101] Malaysia tidak ketinggalam menjadi platform promosi Angry Birds sedunia apabila Nokia memanfaatkan permainan ini di Kuala Lumpur, untuk mempromosikan cubaan untuk mencatat rekod dunia untuk bilangan orang teramai yang bermain satu permainan bimbit.[102] Syarikat penerbangan kebangsaan Finland, Finnair turut menggunakan Angry Birds dalam iklan-iklannya, termasuk rakaman mainan-mainan Angry Birds menaiki pesawat Airbus A340, serta penganjuran peraduan Angry Birds dalam penerbangan di Singapura. [103]

Pada September 2011, sebuah taman tema bernama Window to the World di Changsha, China membuka sebuah tarikan Angry Birds tanpa lesen dari pihak Rovio.[104] Para pengunjung taman itu menggunakan lastik besar untuk melancarkan anak-anak patung watak burung ke arah belon hijau yang berbentuk khinzir.[104] Setelah mengetahui hal itu, Rovio dilaporkan hendak berunding dengan pihak taman tema supaya tarikan itu diberi lesen.[105] Walau apapun, taman tema rasmi pertama Angry Birds akhirnya dibuka di negara asalnya, iaitu di Särkänniemi, Finland, pada penghujung April 2012.[106]

Sempena kejohanan Formula 1 musim 2012, Rovio turut menjadi penaja kepada dua orang pelumba Formula Satu kelahiran Finland, iaitu Heikki Kovalainen dan Kimi Räikkönen, yang masing-masing memakai topi keledar[107] dan topi besbol yang menampilkan motif Angry Birds.[108] Angry Birds bekerjasama dengan Lotus F1 Team dengan meletakkan logonya di atas muncung setiap kereta Lotus Renault F1,[109] di samping juga edisi khas permainan Angry Birds yang bertemakan Heikki Kovalainen.[110]

Rujukan

WikiPedia: Angry Birds http://www.3dsfocus.com/2011/02/angry-birds-confir... http://www.abstractiongames.com/news.html http://www.allaboutsymbian.com/reviews/item/12402_... http://www.androidauthority.com/angry-birds-season... http://www.androidcentral.com/angry-birds-here/ http://heikki.angrybirds.com/ http://www.angrybirdsnest.com/2011/03/angry-birds-... http://www.angrybirdspiglantis.com http://appadvice.com/appnn/2010/06/angry-birds-rec... http://itunes.apple.com/us/app/angry-birds-hd/id36...